Bagi mendesak permintaan itu, sekumpulan penyokong PKR membuat bantahan kepada pucuk pimpinan kerana meletak orang luar, Muhamad Baktiar Wan Chik bagi mengantikannya.

Rasa tidak puas hati disuarakan dalam  perhimpunan di pekan Balik Pulau.

“Perasan tidak puas hati ini yang sebabkan kami kumpul beramai dan untuk membuka jalan dan beri tahu pemimpin atasan kami mahu calon yang boleh menang dan bukan yang boleh kalah. [Kami mahukan] yang boleh menang kepada rakyat dan kami mahu Pakatan Rakyat ke Parlimen,” kata penyokong PKR Yusliza Yusoff.

Mereka mendakwa sebagai anak tempatan dan wakil rakyat, Yusmadi banyak memperjuangan nasib rakyat khususnya golongan yang kurang bernasib baik  termasuk memberikan bantuan pendidikan percuma kepada anak-anak di Balik Pulau .

Dia menang dengan majoriti 708 undi menentang calon Barisan Nasional, Norresah Mohamad pada pilihanraya umum ke-12 lalu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *